Sunday 31 May 2015

ROTI PIZZA


CARA-CARA:

A) Dapatkan 1 buku roti gardenia. Susun alam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti dibakar nanti. Selepas itu, sapu roti tersebut dengan tomato puri.

B) Letakkan kepingan cheddar cheese ke atas roti yang telah disapu tomato puri tadi.

C) Kemudian, letakkan kepingan sosej, cendawan butang, lada banggala, kepingan ayam dadu atau apa sahaja ikut selera masing-masing (tapi pastikan bahan mentah seperti sosej atau ayam di rebus separuh dahulu sebelum di taburkan ke atas roti tadi).

D) Akhir sekali, taburkan mozarela cheese

E) Kemudian, bakar pizza tersebut di dalam oven lebih kurang 15 minit..

F) Hias dan potong pizza yang telah siap dibakar tadi.

ROTI GORENG

BAHAN-BAHAN

Inti:
Bawang merah & putih dicincang
Serbuk rempah kari daging
Garam dan gula

Roti gardenia
Kulit popia
Sos cili
Sedikit tepung gandum + sikit air untuk jadikan gam 

CARA-CARA MEMBUAT

Tumis bawang2 hingga wangi, masukkan rempah kari, kacau2. Bubuh sikit air, bila naik minyak masukkan ayam kisar yg dah dibasuh (masukkan dalam penapis dan siram je air sekali lalu). Kacau2 dan bubuh air sedikit. Letak garam dan gula. Bila kering nanti tutup api.

Ambil roti, sapu sedikit sos cili, letak inti dan lipat dua. Gamkan tepinya dengan gam tepung. Potong 2 dan balut dgn kulit popia. Goreng hingga keemasan.

LASAGNA ROTI

Bahan-bahan:

•1/2 bawang besar
•1/2 Tube daging cincang
• 1 genggam mixed vegie
• sos cili n tomato
• salt n pepper
• roti
• telur
• susu
• mozarella cheese

Cara-cara:
1. Masak inti dulu. Tumis bawang, masukkan daging biar smpai empuk.
2. Masukkan sos cili n tomato,salt n pepper and mixed vegie. masak smpai kering sikit. Rasa masin manis inti tu.
3. Siapkan bahan roti. Pukul telur n susu.
4. celupkan roti dlm telur n susu tu. Then letak inti yg dh masak then tabur mozarella cheese buat 2 layer.
5. Bakar suhu 180c cmpai garing sket. 

Monday 25 May 2015

JEJARI ROTI

Bahan-bahan 
24 keping tepi roti (dr 6 keping roti)
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
sedikit garam
gula halus secukupnya
mentega / margerin untuk menggoreng

Cara-cara
Masukkan telur, garam dan susu ke dalam mangkuk. Pukul telur biar sebati.
Panaskan 2 sudu besar mentega. Celup roti ke dalam campuran telur tadi dan goreng sehingga perang.
Buat sampai habis. Kalau mentega kering, bolehlah ditambah untuk menggoreng roti yang seterusnya.
Bila dah siap, taburkan gula halus ke atas roti. Sedap dimakan semasa panas-panas.

BINGKA ROTI BERJAGUNG

BAHAN-BAHANNYA
3 biji telur gred A
150 g gula kastor
100 g mentega, dicairkan
1/2 camca teh garam
300 g roti putih, didadu
200 g tepung gandum
1 liter santan (atau 500 ml santan + 500 ml susu cair)
200 g jangung krim dalam tin

CARA MEMBUATNYA
Dalam satu bekas, satukan telur dan gula, kacau hingga larut. Tambah mentega dan masukkan tepung dan garam, kacau rata. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
Masukkan roti tadi dan biar tenggelam selama 15 - 20 minit. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong ....

ROTI KAYA GORENG BUTTER


Sumber: Chef Hussin Khan (Resepi Sihat & Mudah)
Olahan: Uda

Bahannya:
2 biji telur
4-5 keping roti putih
kaya secukupnya
1sm susu cair @ segar
garam dan serbuk lada sulah secukupnya
sedikit butter
sedikit gula icing

Caranya:
1. Telur, susu, garam, lada sulah- dipukul sebati.
2. Sapu kaya pada roti, lipat dua jadikan 3 segi.
3. Celupkan dalam bancuhan telur, biarkan sebentar.
4. Panaskan butter dalam kuali non stick, masuk roti tadi, goreng hingga garing. Balik balikkan supaya semua sisi masak.
5. Angkat, sejukkan sebentar dan taburkan gula icing jika suka.


Wednesday 20 May 2015

ROTI GORENG SOSEJ

Bahan-bahan:

Roti keping (saya biasa guna gardenia)
Sosej
Telur
Secubit garam dan gula
Sedikit tepung gandum/tepung beras
Sedikit soda bikarbonat (agen perangup)
Sedikit tepung gandum (untuk dijadikan gam dicampurkan sedikit ke dlm telur)

Cara-cara:

1.Potong sosej mengikut selera anda. Jika potong sosej kepada 2, roti pun bahagi kepada dua. Kalau potong 3, roti pun bahagi kepada 3 bahagian. Biasanya saya potong 3, tak lah besar sangat dapat pun banyak. Oh ya, sebelum roti dipotong, tekan atau penyekkan sedikit roti tu atau boleh juga gunakan penggelek untuk memadatkan roti tu. Tujuannya adalah untuk mengelakkan roti terlalu kembang masa dicelup ke dalam telur dan juga mengelakkan roti menyerap minyak berlebihan ketika digoreng. Jangan risau kerana roti akan mengembang semula ketika digoreng.

2.Selepas dipenyekkan, potong roti dan gulungkan sosej yang dipotong tadi dengan roti. Kemudian dihujung roti tersebut, gamkan dengan tepung yang dibancuh dengan sedikit air. Jangan terlalu cair ya, nanti tak lekat pula. Selepas dilekatkan biarkan sekejap sementara kita siapkan telur.

3.Pecahkan telur. Masukkan tepung, soda bikarbonat, garam dan gula. Pukul sehingga sebati dan agak kembang atau kalau nak senang masuk blender je. Lepas tu celupkan roti tadi dan terus goreng dengan menggunakan minyak yang banyak dan panas.

4. Setelah agak keperangan, angkat dan toskan minyak atas tisu dapur.Siap untuk dihidang.