Wednesday 20 May 2015

JEMPUT-JEMPUT ROTI SARDIN

Resepi : MaDiHaA aka Ratna 

 Bahan2
2 cawan tepong gandum
2 1/3 cawan air
1 1/2 sudu kecil garam
400 gm kerak roti (nak guna roti pun boleh..  kes MaDiHaA ni sebab nak perabiskan kerak roti lebihan buat sandwich tempahan hari tu ~ tak nak dibazirkan)
1 tin kecil sardin ~ dilecek
1 biji telur
2 biji cili hijau/merah ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1/2 biji carrot ~ disagat halus
Minyak masak secukupnya

Cara menyediakan
1. Bancuhkan tepong gandum dengan air, telur & garam sehingga larut & tidak berbintil2. Masukkan kerak roti/roti & rendam selama 5 minit sehingga roti mengembang. Jika guna roti.. koyak2kan roti & rendam hingga kembang.
2. Campurkan dengan kesemua bahan lain seperti hirisan cili, carrot sagat, bawang besar & sardin lecek.  Gaulkan sehingga rata.  
3. Panaskan minyak masak. Gorenglah bancuhan jemput2 tadi sehingga garing kedua2 belah.  Angkat & toskan.  Hidang dengan sos kegemaran anda.

Read more: http://mamawandiha.blogspot.com/2014/01/jemput-jemput-roti-sardin.html

No comments:

Post a Comment