Wednesday 20 May 2015

ROTI LAPIS BERDAGING

Idea resepi: umi-e@myresepi.com

Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu
500gm daging cincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kari 
1 sudu besar sos tomato (ini MaDiHaA tambah)
2 sudu besar sos cili (ini MaDiHaA tambah)
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-14 keping roti
500ml susu segar
3 biji telor
secubit garam (letak lebih sikit.. letak secubit macam takde rasa garam..itupun masih kurang masin jugak hehe..)
Parutan cheese (banyak ikut suka) (MaDiHaA guna mozarella)
Sedikit marjerin untuk melenser

Cara-cara
Blend bawang+bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang+kentang+garam+sos tomato+sos cili.
Satukan Susu+telor+ garam.
Pukul susu+telor+garam hingga sebati.
Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit marjerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah di ramas.
Kemudian letakkan separuh daripada daging+kentang yang telah di masak tadi atas lapisan roti.
Ulangi proses di dgn meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging+kentang dan dilapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti
Taburkan parutan cheese (banyak ikut suka).
Bakar dengan api sederhana selama 30-45 mins atau sampai lidi tak lekat.
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos. 

Read more: http://mamawandiha.blogspot.com/2011/01/roti-lapis-berdaging.html

No comments:

Post a Comment